Header Ads

AFC Solidarity Cup 2016

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan pertandingan baru iaitu AFC Solidarity Cup yang telah dilancarkan pada hari Khamis di ibupejabat AFC di Kuala Lumpur 6 September lalu.




PENGENALAN.
Edisi pertama pertandingan ini yang diadakan di Malaysia pada 2 November sehingga 15 November 2016 bertempat di Sarawak - Stadium Sarawak.

Menurut Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa berkata: "AFC Solidarity Cup merupakan inisiatif yang menarik untuk membangunkan bola sepak pasukan kebangsaan di Asia. AFC teruja dengan kejohanan baru ini - AFC Solidarity Cup - misi kita adalah untuk menrealisasikan matlamat , visi dan wawasan kita untuk melihat pasukan Asia yang kuat diperingkat global".

Pertandingan baru (AFC Solidarity Cup) memberi peluang kepada Ahli Persatuan AFC, untuk bermain di perlawanan antarabangsa yang kompetitif apabila mereka tidak mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan FIFA atau AFC.
(pasukan yang gagal layak dalam kelayakkan 2018 FIFA World Cup/2019 AFC Asian Cup).

Kejohanan ini telah diwujudkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC ) bagi menggantikan kejohanan lama iaitu  AFC Challenge Cup yang diadakan kali terakhir tahun 2014 dan Maldives merupakan tuan rumah terakhir yang menjadi hos bagi kejohanan ini AFC Challenge Cup ini.
Pasukan Palestine muncul juara kejohanan terakhir AFC Challenge Cup pada 2014.

Pasukan yang layak edisi sulung.

  1. Nepal
  2. Sri Lanka
  3. Pakistan (Tarik diri)
  4. Macau
  5. Brunei
  6. Mongolia
  7. Laos
  8. Bangladesh (Tarik diri)
  9. Timor-Leste
Pasukan Pakistan telah menarik diri dari menyertai kejohanan ini sejurus cabutan undian dibuat dan punca tidak diketahui manakala Bangladesh yang layak menyertai kejohanan ini setelah tewas kepada UAE dalam perlawanan play-off untuk kejohanan AFC Asian Cup 2019 menarik diri dalam keadaan yang tidak diduga.

Kedudukan terkini kejohanan.

Penentuan Juara

Penentuan juara ditentukan (separuh akhir) setelah juara kumpulan A menentang naib juara kumpulan B manakala naib juara kumpulan A akan menentang juara kumpulan B.

Separuh Akhir.
  • Nepal vs Laos : FT 2-2 (Nepal menang penalti 3-0 - layak ke FINAL)
  • Macau vs Brunei : FT 1-1 (Macau menang penalti 4-3 - layak ke FINAL)


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.